Blog politik

Blog politik ialah blog yang mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan politik. Dalam demokrasi liberal, mengkritik kerajaan tanpa sekatan adalah hak dan unsur penting dalam kebebasan bersuara. Penulis blog menggunakan blog yang tidak disekat sebagai alat untuk menyuarakan pendapat yang tidak diberi tempat oleh media yang dikawal oleh kerajaan, tetapi kadang-kadang berdepan dengan masalah undang-undang.

Blog politik selalunya jelas menyatakan kecenderungan politik (political bias) penulis blog. Penulis blog yang menyatakan kecenderungan politik mereka dengan jelas dilihat lebih jujur. Penulis blog politik yang tidak bernama atau tidak diketahui identiti kerap dilihat sebagai tidak mempunyai fakta kuat serta kurang dipercayai. Tetapi blog politik masih popular kerana ia menjadi platform untuk pandangan yang tidak diwakili oleh media arus perdana.[1]

Populariti blog politik menyebabkan lebih banyak syarikat media, ahli politik dan organisasi lain membuat blog masing-masing.

  1. ^ Reynolds, P. (2006), Blogs: To trust or not to trust?, BBC News, 3 Mei 2006.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search